Friday, April 18, 2008

Ubah budaya politik...

KESEDIAAN Pak Lah untuk mengakui bahawa beliaulah salah satu punca kepada kekalahan buruk BN pada PRU ke-12 baru-baru ini, pada dasarnya dilihat sebagai satu tindakan yang mudah. Namun begitu, secara terus-terang, berapa ramaikah kalangan pemimpin politik yang sanggup berbuat demikian? Beranikah mereka untuk menelan 'ego' mereka dan bersedia mengucapkan perkataan ' I am sorry' kiranya mereka telah melakukan kesalahan?

Mahukah mereka menjatuhkan maruah diri mereka sendiri semata-mata untuk memuaskan hati pengundi ataupun berlagak sombong dan berpura-pura tidak tahu dengan masalah-masalah yang dihadapinya? Di negara kita, trend tersebut seolah-olah tidak wujud. Apakah mengakui kelemahan diri bermakna tercalarlah imej dan ego mereka sebagai pemimpin yang disegani? Adakah para pengundi mahukan ahli-ahli Parlimen atau pemimpin yang berlagak sombong seolah-olah mereka tahu-menahu mengenai semua benda?

Di negara Asia Timur seperti Jepun dan Korea, para pemimpin mereka walaupun terlibat dalam skandal, terkenal dengan sikap kebertanggungjawapan mereka. Buktinya apabila mereka didapati bersalah terhadap sesuatu skandal, mereka sanggup meletak jawatan, paling tidak memohon maaf kepada rakyat di atas perbuatan buruk itu.

Kepada YAB Pak Lah, tindakan anda untuk menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, pemberian ex-gratia kepada enam bekas hakim kanan negara dan pengakuan terhadap kelemahan yang wujud pada jentera BN pada PRU ke-12 bukti bahawa anda sememangnya seorang pemimpin yang gentleman dan rendah diri. Apabila dirasakan tindakan itu betul, dilakukan dengan conviction.

Kita boleh mengambil iktibar di sebalik sikap gentleman Pak Lah itu. Mungkinkah sudah tiba masanya untuk pemimpin politik merobah budaya berpolitik mereka? Kikiskan keegoan dan sikap 'I am the boss' dalam diri masing-masing.

To gain the respect from the public, fellow politicians must learn how to earn the respect from us by standing up to the plight of the rakyat.

Its about time to change the culture!

Pak Lah...pemimpin yang gentleman!

PENGUMUMAN Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam untuk menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan pemberian ex-gratia kepada enam bekas hakim kanan yang dipecat dalam krisis kehakiman pada 1988 dilihat sebagai kesediaan dan komitmen kerajaan pimpinan Pak Lah untuk memulakan lembaran baru dalam sistem kehakiman negara.

Pak Lah telah mengambil keputusan yang tepat untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan orang ramai serta masyarakat antarabangsa terhadap kredibiliti sistem kehakiman negara ini yang sejak kebelakangan ini dilanda pelbagai krisis. Pada ketika begitu ramai sekali pihak yang mendesak Pak Lah untuk berundur dari persada kepemimpinan, barangkali rakyat Malaysia dan barisan peguam negara boleh menganggap Pak Lah sebagai pemimpin utama yang berani untuk memulih dan meletakkan sistem kehakiman di tahap yang sepatutnya.

Bukan mudah untuk mengakui terdapat ketidakadilan yang dikenakan ke atas hakim-hakim kanan tadi, namun Pak Lah telah membuktikan, beliau seorang yang gentleman dan bukan seorang pendendam. Inilah perwatakan seorang pemimpin yang wajar diberikan pujian walaupun stail kepemimpinan dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu. Malah, berapa ramaikah pemimpin politik di negara ini yang sanggup mengakui kelemahan diri dan bertekad untuk membaikinya? Sekali bilang, tidak banyak malah tidak keterlaluan untuk mengatakan, hampir tiada.

Sunday, April 13, 2008

Najib, Muhyiddin atau Ku Li? Anwar????

Apakah teori RAHMAN akan menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat ini apabila kita menyaksikan pucuk kepemimpinan negara diserahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak? Ataupun mungkinkah ada saingan oleh pemimpin lain untuk mencabar kedudukan tersebut?

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah sudah awal-awal lagi menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dalam usaha menyelamatkan parti berkenaan daripada terus tenggelam dalam arus politik perdana. Kita juga sedia maklum bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memadamkan impiannya untuk menjadi teraju pemimpin negara.

Terbaru, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia berkata, UMNO perlu laksanakan perubahan kepemimpinan dalam kadar segera ATAUPUN berhadapan dengan kemungkinan hilang kuasa. Justeru, apakah mesej tersirat yang cuba disampaikan oleh beliau? Adakah ini bermakna beliau juga akan menyertai saingan untuk jawatan keramat dalam UMNO? Mungkinkah kita menyaksikan saingan tiga penjuru?

Apa pun, sekiranya desas-desus yang dinyatakan dalam blog-blog tertentu terbukti benar, teori RAHMAN yang dibangkitkan selama ini mungkin berubah menjadi RAHMAT, RAHMAM ataupun RAHMAA. Bagaimanapun, ini semua hanyalah spekulasi semata-mata.


R = Tunku Abdul Rahman

A = Abdul Razak Hussein

H = Hussein Onn

M = Mahathir Mohamad

A = Abdullah Ahmad Badawi

N/M/T/A = Najib? Muhyiddin? Tengku Razaleigh? Anwar?

Apa pun, dalam keghairahan kita meneliti perkembangan politik UMNO, adalah penting untuk semua ahli parti termasuk parti komponen BN mengambil inisiatif untuk mengukuhkan kembali perpaduan dalam BN. Dengan kekalahan buruk pada PRU ke-12 masih segar dalam ingatan, adalah mustahak jika BN perlu mencanangkan satu pelan bertindak bagi mengembalikan keyakinan pengundi terhadap pendekatan kepolitikan BN.

Ambil iktibar di sebalik penolakan pengundi Melayu, Cina dan India terhadap BN. Jangan pandang remeh terhadap penolakan ini dan barangkali jika punca kekalahan ini tidak ditangani segera, BN bakal menghadapi lebih banyak kesukaran. Jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat, sudah semestinya track record yang dimiliki BN adalah jauh lebih baik.

Akan tetapi, track record yang cemerlang ini tidak boleh dijadikan sebagai sandaran semata-mata oleh BN untuk terus bermegah. Dengan trend pemikiran pengundi berbeza-beza ekoran perkembangan teknologi internet dan penggunaan meluas blog-blog, pengundi sekarang tidak mudah untuk digula-gulakan.

Sehubungan itu, BN perlu merobah dan 'reinvent' kepolitikan mereka bagi memastikan ia terus relevan dalam kancah politik semasa. Masa itu emas dan ia tidak akan menunggu sesiapa. Gagal berbuat demikian mungkin akan meletakkan BN dalam keadaan yang lebih sukar.

Renung-renungkanlah!

Thursday, April 10, 2008

Haruskah Pak Lah letak jawatan?

Sejak akhir-akhir ini, kedengaran suara-suara sumbang dari kalangan pemimpin tertentu yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletak jawatan berikut prestasi terburuk yang dicapai oleh BN pada PRU ke-12. Bermacam-macam tuduhan dan maki-hamun dilemparkan kepada beliau.

Ada kata Pak Lah ini "lembik", lemah dan gagal menangani masalah-masalah berbangkit seperti demonstrasi Hindraf, isu hubungan kaum yang didakwa makin buruk dan prestasi ekonomi yang kurang memberangsangkan.

Namun saya cukup hairan mengapakah pengkritik-pengkritik ini hanya tahu mengkritik dan mendesak pucuk kepemimpinan tertinggi untuk bertanggungjawab di atas kekalahan BN? Apakah pemimpin-pemimpin dalam BN lain tidak terkecuali dalam menanggung beban itu bersama?

Dalam hal ini, Pak Lah tidak boleh disalahkan bulat-bulat di atas prestasi buruk BN. Beliau telah mengakui terdapat kelemahan dalam jentera BN dan bersedia untuk mengatasi masalah itu. Begitu juga dengan kenyataan beliau bahawa BN telah memandang remeh terhadap penggunaan teknologi siber.

Bagi saya, adalah tidak adil untuk pemimpin mahupun rakyat Malaysia menuding jari kepada Pak Lah. Berikanlah masa untuk beliau untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit. Dalam keadaan genting ini, bukankah kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pak Lah sebagai nakhoda kapal untuk membaiki segala kelemahan sedia ada.

Ya, tidak dinafikan semua pemimpin ada kelemahan tersendiri dan Pak Lah juga tidak terkecuali. Manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kita bukannya insan mukammil yang sempurna melainkan Yang Maha Esa. Kita juga perlu ingat di bawah pemerintahan Pak Lah, terdapat keterbukaan yang wujud dalam freedom of expression walaupun mungkin ramai daripada pengkritik di sana yang mungkin tidak bersetuju dengan pandangan saya. Kini, terdapat keberanian dalam kalangan kumpulan tertentu yang mengadakan demonstrasi dan sebagainya.

Apa gunanya mendesak beliau meletak jawatan? Benarkah tindakan mendesak Pak Lah meletak jawatan mampu mengatasi kemelut yang melanda negara ini? Dalam sejarah negara kita untuk tempoh lima dekad lalu, perubahan pucuk kepemimpinan dilaksanakan secara teratur dan aman. Come on lah brader...Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup bertuah...tak ada bencana alam, keganasan, etc......

(p/s: Would you want to rock the boat? After all these years of prosperity and political stability...)

Fikir-fikirkanlah!

Greetings....my fellow bloggers!

Welcome to my newly created blog.. feel free to drop by and give comments

Regards,
Marko Polo